Make your own free website on Tripod.com
Terima Kasih Kerana sudi Melayari Laman Web ini......

JABATAN PENJARA MALAYSIA (SABAH )

KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

SEKOLAH HENRY GURNEY KENINGAU

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA, KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA "

Laman Web ini diilustrasi oleh : 
Wp13016 Charles Able Pedtong ( Unit Pemulihan & Rawatan -SHG Keningau pada 26 Jun 2007

Index

Wawasan
Misi

Visi
Objektif

Masa Bertugas
Shift Duty
Masa Pejabat
Giliran Besar 

Bahagian/ Unit
UKP
Pemandu
Perpustakaan
Agama
T.C

Kebun Sayur
Unit Tenusu
Landskap
Simen Ferro
Kimpalan
Bengkel Jahit

Kantin
Pembangunan

PROGRAM  PPI
Fasa 1
Fasa 2
Fasa 3
Fasa 4

Aktiviti

Gambar

PETA

 

 

 
Berita Semasa......
Unit 1 Unit 2 Unit 3  
Sekolah Henry Gurney Sentiasa Usaha Ubah Persepsi Orang Ramai Hantar berita ini kepada rakan  Versi bolehcetak berita ini 
Unit 1

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Pengurusan pusat pemulihan juvana, Sekolah Henry Gurney sentiasa berusaha untuk mengubah persepsi orang ramai terhadap pusat pemulihan itu agar mesyarakat tidak mempunyai salah tanggapan terhadap mereka yang keluar dari pusat itu.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow berkata usaha itu boleh dilihat daripada keadaan persekitaran sekolah itu di Telok Mas, Melaka, dijaga dengan baik dan rapi seperti sebuah pusat latihan.

"Kita juga memastikan kursus yang dijalankan untuk penghuni ialah kursus yang bertaraf sijl supaya mereka boleh meneruskan pembelajaran apabila keluar nanti dan sijil itu tidak dicetak nama Sekolah Henry Gurney tetapi cuma nama pusat pemeriksaan.

"Jadi cadangan untuk menukar nama Henry Gurney perlu dikaji kerana saya fikir yang penting ialah kita mempertingkatkan lagi publisiti supaya boleh menukar persepsi orang ramai terhadap sekolah itu," katanya semasa menjawab soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa).


Unit 2
Abdul Halim ingin tahu sama ada kementerian boleh menukar nama Sekolah Henry Gurney kepada nama yang lebih bermotivasi.

Menjawab soalan Enchin Majimbun (BN-Sepanggar) mengenai tindakan kementerian untuk memastikan pelawat di pusat itu tidak menyebarkan perkara tidak diingini kepada penghuninya, Fu berkata keadaan keselamatan di pusat pemulihan itu sentiasa terkawal dan anggota keluarga yang ingin melawat pelatih juvana perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah terlebih dahulu.

"Kita memang menggalakkan saudara mara menjalinkan hubungan rapat dengan penghuni supaya mereka tidak rasa disisihkan daripada keluarga dan sentiasa menggalakkan mereka melawat mengikut peraturan sekolah itu," katanya.

Menjawab soalan anggota yang sama, Fu berkata sehingga Mac lalu terdapat seramai 403 orang pesalah juvana yang ditahan di Sekolah Henry Gurney di seluruh negara yang mana empat daripada mereka merupakan warganegara asing.


Unit 3
Beliau berkata berkata daripada jumlah itu 306 pesalah juvana di sekolah Henry Gurney Telok Mas, 17 orang di Batu Gajah, Perak, dua orang di Kota Kinabalu, Sabah dan seramai 78 orang termasuk empat rakyat asing di Keningau, Sabah.

Fu berkata dalam memastikan penghuni pusat itu tidak terlibat semula melakukan kesalahan selepas dibebaskan, pihak pengurusan sekolah telah melaksanakan perancangan dengan memberi mereka pilihan untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang pendidikan dan dibenarkan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Mereka juga diberi pilihan untuk mengikuti latihan kemahiran vokasional di bawah program Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)," katanya.

Fu berkata sepanjang tempoh menjalani penahanan, penghuni pusat itu akan menjalani program pemulihan berdasarkan Modul Putra Pelan Pembangunan Insan yang meliputi empat fasa iaitu pembentukan disiplin, pengukuhan sahsiah, kemahiran dan program berorientasikan kemasyarakatan.

Kembali

 


Title Goes Here
Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci taion


Title Goes Here
Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci taion


Title Goes Here
Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci taion